CFD SAHAM

Berdagang saham

Berdagang CFD saham daripada nama-nama terbesar di AS, UK dan EU. Tiada komisen minimum dan margin bermula daripada 5% pada kebanyakan CFD saham utama.

us stocks share cfds hero_2

Manfaat berdagang CFD saham dengan OANDA

  • Tiada komisen minimum dan margin serendah 5%

  • Tersedia menggunakan platform MT5 kami atau aplikasi mudah alih fxTrade

  • Anak syarikat Kumpulan OANDA yang mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dan banyak lagi

  • Perkhidmatan pelanggan yang hebat

Saham popular

Harga CFD saham di atas tertunda selama 15 minit

OANDA membenarkan pelanggan untuk mengambil kedudukan sehingga saiz kedudukan maksimum berasaskan setiap simbol. Pendedahan maksimum ini adalah berasaskan setiap pelanggan dan oleh itu terpakai kepada kedudukan kumulatif ke atas semua akaun perdagangan anda dengan OANDA.

Saiz kedudukan maksimum ini ditunjukkan dalam platform perdagangan anda. Dalam MT5, ini ditakrifkan sebagai 'Had Volum' dalam spesifikasi simbol atau dalam platform mudah alih fxTrade pula, ia dikenali sebagai ‘Pendedahan Pelanggan Maksimum’ dalam bahagian Maklumat Instrumen platform.

Untuk maklumat lanjut, lihat Terma Perniagaan dan Soalan Lazim.

Kos dan fi dagangan CFD saham

Kami ingin benar-benar telus mengenai fi untuk semua produk kami. Jadual di bawah memberikan anda gambaran keseluruhan komisen dan kos lain yang berkaitan. Lihat senarai penuh caj dan fi.

Fi pelaksanaan
Table is loading, if this message persist try to reload page

Kos yang berkaitan dengan Tindakan Korporat

Jika anda memegang kedudukan panjang pada CFD Saham, sebarang pendapatan dividen yang anda terima tertakluk pada sama ada cukai atau caj setara cukai.
Kadar cukai atau setara cukai yang anda bayar adalah bergantung pada negara domisil syarikat yang CFD Sahamnya telah anda beli. Maklumat negara ini boleh didapati dalam Spesifikasi Instrumen dalam platform MT5 bahagian Maklumat Instrumen aplikasi mudah alih.

Jika anda telah membeli CFD Saham syarikat domisil Amerika Syarikat, maka cukai yang anda bayar ditentukan oleh negara tempat tinggal cukai anda serta kadar perjanjian cukai antara negara anda dan AS. Jika negara tempat tinggal cukai anda tidak mempunyai perjanjian cukai dengan AS, maka kadar lalai seperti di bawah dikenakan

Table is loading, if this message persist try to reload page

Segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan kadar di atas pada masa penerbitan yang tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa

Pengecualian status dagangan

Kebanyakan CFD Saham yang kami tawarkan tersedia untuk dagangan penuh. Atas sebab pasaran, sesetengah produk mungkin hanya tersedia untuk 'jangka masa panjang sahaja' atau mungkin 'tutup sahaja', atau sesetengahnya mungkin tidak diaktifkan untuk berdagang. Mana-mana CFD Saham yang tidak tersedia untuk dagangan penuh disenaraikan di bawah.

Sudah bersedia untuk mula berdagang? Buka akaun dalam beberapa minit

Sudah mempunyai akaun dagangan langsung? Membiayai akaun anda adalah mudah menggunakan salah satu kaedah pembayaran berikut.

Logo Pemindahan Bank Logo Pemindahan Wayar Visa Logo Mastercard Logo Neteller logo Skrill logo

Soalan lazim

add

Apakah perbezaan antara berdagang saham fizikal dan CFD saham?

Secara ringkasnya, saham CFD membawa leveraj sedangkan saham fizikal tidak. Dengan berdagang saham CFD, anda membuat spekulasi pada harga aset dasar, tetapi anda tidak mengambil Ringkasnya, CFD saham membolehkan anda berdagang dengan leveraj, manakala perdagangan saham fizikal memerlukan pembayaran kos penuh saham tersebut. Dengan berdagang CFD saham, anda membuat spekulasi tentang harga aset dasar tersebut, bukan anda mengambil pemilikan ke atasnya. Leveraj yang anda peroleh dengan CFD saham akan meningkatkan kedua-duanya, keuntungan dan kerugian. Dengan saham fizikal, anda hanya boleh kehilangan jumlah yang anda belanjakan untuk memperolehnya. Inilah sebabnya membeli saham fizikal adalah lebih kepada strategi jangka panjang, di mana anda akan menjadikannya tunai dalam beberapa tahun ke hadapan, bukan dalam satu atau dua minggu, seperti yang biasa berlaku pada dagangan CFD saham.. Leveraj yang anda dapat dengan saham CFD akan meningkatkan keuntungan dan kerugian. Dengan saham fizikal, anda hanya boleh kehilangan jumlah yang anda belanjakan untuk memperolehnya. Inilah sebabnya membeli saham fizikal adalah strategi jangka panjang, iaitu apabila anda akan mengeluarkannya dalam tempoh beberapa tahun akan datang, bukan dalam seminggu atau dua, seperti perdagangan saham CFD yang biasa.

add

Bagaimanakah saya boleh mula berdagang CFD saham?

Jika anda baru bermula sebagai pedagang pada masa lapang, adalah lebih baik jika anda belajar dan berlatih berdagang CFD saham pada akaun demo dahulu sebelum terus memulakannya. Seperti mana-mana aset, terdapat banyak cara untuk berdagang CFD saham. Ada yang memilih untuk berdagang selama beberapa minit manakala yang lain pula memilih untuk memegang kedudukan selama beberapa minggu. Ia banyak bergantung pada masa yang ingin anda laburkan dalam perdagangan dan menganalisis carta.

add

Bagaimanakah saya boleh mengetahui lebih lanjut tentang berdagang CFD saham dengan OANDA?

Jika anda masih meneroka cara yang berbeza untuk berdagang CFD saham, lihat halaman Belajar kami, tempat anda akan menemui banyak sumber untuk membantu anda memulakan topik seperti analisis asas, analisis teknikal dan cara menggunakan penunjuk popular.

add

Bolehkah saya berdagang CFD saham pada platform MT5?

Anda boleh berdagang CFD saham pada platform MetaTrader 5 dan aplikasi mudah alih fxTrade.

add

Bagaimanakah saya boleh berdagang CFD saham menggunakan apikasi fxTrade?

Setelah anda memuat turun dan memasang aplikasi mudah alih mesra pengguna kami, anda boleh log masuk ke akaun anda menggunakan log masuk tunggal. Dari situ anda boleh berdagang CFD saham. Jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun MT5, anda boleh bertukar dari satu akaun ke akaun seterusnya tanpa perlu log keluar dan log masuk semula.

add

Bagaimanakah tindakan korporat memberi kesan kepada CFD?

Tindakan korporat adalah peristiwa seperti pengeluaran dividen dan bonus saham yang dilakukan oleh syarikat yang didagangkan secara awam yang memberi kesan kepada pemegang sahamnya dan, begitu juga, harga CFD saham.

Berdagang indeks CFD

Spread kami adalah kompetitif, bermula daripada 1 mata di Germany 40 dan 0.8 mata di UK 100

Berdagang mata wang kripto popular

Berdagang Bitcoin, Bitcoin Cash, Ethereum, Litecoin, Dogecoin dan banyak lagi daripada akaun OANDA anda. Spread kami untuk Bitcoin bermula daripada $40 USD manakala margin daripada 10%.

Tiga cara untuk berdagang

Akses MetaTrader daripada peranti desktop anda. Anda juga boleh berdagang menggunakan aplikasi mudah alih fxTrade untuk peranti mudah alih dan tablet.